Rabu, 3 April 2013

PROKLAMASI PERISYTIHARAN PEMBUBARAN PARLIMEN KE-12



Tempoh Majlis Parlimen ke-12 telah dibubar pada hari Rabu, 3 April 2013.




MAKLUMAT UMUM

SPB Yang di-Pertuan Agong


Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Ianya terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.



Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau bagaimanapun, Ketua  atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan  dari semasa ke semasa mengikut keperluan.



Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.



Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan yang tertera di bawah
http://www.majlisraja-raja.gov.my/



PRU13 – Masa Depan Yang Lebih Cerah Untuk Malaysia



April 3rd, 2013 by Najib Razak


Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi ini dan baginda telah memberi perkenan supaya Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Ia sekali gus membolehkanPilihan Raya Umum ke-13 diadakan dan saya berharap Barisan Nasional dapat memenanginya.

Bersempena dengan itu, saya ingin berkongsi dengan anda tentang visi saya mengenai Malaysia. Saya mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik. Ini termasuk dengan memastikan supaya ekonomi kita terus berkembang agar perniagaan di negara ini mampu mendapat keuntungan berganda, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebab itulah saya memperkenalkan transformasi politik yang dapat menjamin keselamatan serta kebebasan selain memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini terus bersatu agar Malaysia kekal stabil dan makmur.

Pencapaian kami selama ini telah membuktikan bahawa kami adalah Kerajaan yang menepati setiap janji kepada rakyat. Saya seru kepada semua agar berbangga dengan setiap pencapaian yang telah kita kecapi selama ini sekali gus menghiraukan segala tohmahan negatif dari sesetengah pihak terhadap Malaysia. Kita akui, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan, namun, negara kita telah mencapai pelbagai peningkatan sejak empat tahun kebelakangan ini dan kita patut berbangga dengannya. Malah, kita menjangkakan Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2018, iaitu dua tahun lebih awal daripada sasaran asal kita.

Sudah tentu,  peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak cukup untuk menilai sesuatu pembangunan. Kejayaan ekonomi semata-semata sudah pasti tidak mencukupi kerana apa yang lebih penting masyarakat itu sendiri yang perlu merasai sesuatu pembangunan. Sebagai contoh, rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing tidak kira apa pun bangsa serta kepercayaan agama mereka. Mereka perlu sentiasa berasa selamat berada di dalam komuniti Malaysia selain mendapat bekalan air bersih dan infrastruktur jalan yang berada dalam keadaan baik.

Dalam tempoh hanya empat tahun, kita telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan setiap hasrat rakyat itu mampu dicapai. Kini, 84 peratus daripada kontrak yang dikeluarkan Kerajaan telah mendapat penilaian pencegahan rasuah. Kadar jenayah telah menuruh hampir 10 peratus setiap tahun. Lebih 3,500 km jalan baru telah dibina dan kira-kira 200,000 rumah telah disalurkan dengan bekalan air bersih. Lebih 5 juta rakyat mendapat manfaat daripada pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia yang sekali gus membantu mengurangkan beban kehidupan harian mereka. Kita juga telah memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan memperkenalkan kadar gaji minimum. Selain itu, kita juga telah meminda serta memansuhkan beberapa akta yang tidak lagi relevan termasuk melakukan transformasi terhadap undang-undang percetakan serta menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kita memang benar-benar sedang melakukan perubahan. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan transformasi negara dapat dilaksanakan. Dengan mandat yang kukuh daripada rakyat, kita mampu melaksanakan tugas ini dengan baik. Pilihan raya kali ini bukan lagi mengenai masa lampau sebaliknya ia adalah mengenai masa hadapan kita bersama. Segalanya adalah mengenai impian kita untuk melihat hala tuju negara. Anda perlu membuat pilihan untuk masa depan negara yang kita cintai. Sebelah pihak bersifat pesimistik dan berpecah belah, manakala sebelah pihak lagi lebih jelas serta optimistik terhadap masa hadapan. Pihak sebelah sana juga tidak bersedia serta sering menabur janji-janji manis manakala sebelah pihak lagi telah terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Saya yakin dengan dengan pencapaian cemerlang dari Kerajaan yang ditadbir oleh saya selama ini, kita mampu dapat menggalas tanggungjawab rakyat dengan baik. Saya mahu melihat setiap debat yang membina dapat diadakan memandangkan setiap daripada kita mempunya cara serta pandangan masing-masing untuk Malaysia yang kita cintai. Saya yakin perpaduan di negara ini mampu menjadikan kita lebih kuat. Pengalaman banyak mengajar saya mengenai pelbagai perkara termasuk hubungan antara Kerajaan dan perubahan kehendak rakyat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Saya juga sedar akan kepentingan untuk kita semua bersatu berdasarkan konsep 1Malaysia.

Dengan rendah hati, saya menyeru kepada anda semua agar terus memberi sokongan kepada saya supaya kita dapat bersama-sama mewujudkan sebuah negara yang lebih baik. Seperti juga Allahyarham ayahanda saya sebelum ini, saya telah menyerahkan segala-galanya kepada rakyat dan negara ini. Sekiranya diperlukan, saya bersedia untuk terus berbakti kepada anda semua.

Ini adalah waktu yang penting dalam sistem demokrasi negara. Sama ada anda adalah pengundi kali pertama ataupun yang telah menghadapi pengalaman mengundi sebelum ini, masanya telah tiba untuk anda menentukan masa depan negara. Saya harap anda membuat pilihan yang tepat. Marilah kita sama-sama membawa masa depan yang baru dan lebih baik untuk Malaysia.

Isnin, 25 Mac 2013

Datu Paduka Mat Salleh













Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897. 

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)



Pedang Datu Paduka Mat Salleh


Rabu, 20 Mac 2013

TRANSFORMASI POLITIK



Sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009, saya sangat jelas dengan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke hadapan dalam menganalkan demokrasi yang melindungi hak serta kebebasan rakyat. 

Untuk itu, saya telah melaksanakan beberapa pakej transformasi politik paling bersejarah sejak Malaysia mencapai kemerdekaan: Ordinan Darurat telah berakhir, undang-undang era penjajah iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan tahanan tampa bicara dimansuhkan, lesen kawalan penerbitan akbar telah dihapuskan, larangan kepada pelajar menyertai parti politik telah ditarik balik dan saya juga berjanji untuk mengkaji semula Akta Hasutan. Selain itu, saya turut memperkenalkan Program Trasformasi Kerajaan yang bertujuan untuk memastikan perkhidmatan awam menjadi lebih baik dan reponsif kepada kehendak rakyat selain  mengelakkan rasuah.

Ini merupakan transformasi paling bersejarah yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Ia sekali gus mampu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi di dunia serta sebagai sebuah negara Asia yang sedang meningkat naik menjadi salah satu daripada kuasa besar di rantau ini kerana kestabilan politik dan perkembangan ekonominya.   



ISA (Akta Keselamatan Dalam Negari/ Akta Kesalahan Keselamatan)

Akta Kediaman Terhad

Akta Buang Negari

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan

Akta Polis/ Akta Perhimpunan Aman

Akta Universiti Dan Kolej Universiti

Akta Hasutan


klik dibawah...

http://www.1malaysia.com.my/my/my-record/political-transformation/

Dasar Transformasi Negara Berjaya



March 29th, 2013 by Najib Razak

Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, saya telah perkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Alhamdulillah, dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang saya bentangkan semalam, banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.

Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.


Saya juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.

Selain itu, saya sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.


Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan semalam, saya turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat.

Kesemua kejayaan itu adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan yang bertungkus lumus memastikan setiap daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya dilaksanakan. Tujuh NKRA berkenaan adalah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar Jenayah. Kesemua NKRA ini, Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada semua rakyat.

Dengan kecemerlangan prestasi negara itu, saya berharap rakyat dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan agar setiap apa yang dirancangkan untuk masa depan negara dapat dilaksanakan. Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti tinggi, yang berinovasi, dan yang sanggup mengambil risiko.Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan sebuah taman kebahagiaan untuk semua.

Admin: Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Laporan Tahunan GTP & ETP sila layari laman web Pemandu atau baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di sini. 
Tags: ETP, GTP




Jumaat, 8 Februari 2013

AKTIVITI KOMUNITI 1MALAYSIA, PENGAMBARAN RTM DI KAMPUNG. UNGGUN JAYA 2013


"Penggerak Transformasi Rakyat"




" JAWATANKUASA K1M KG. UNGGUN JAYA "

sebahagian..

GAMBAR KENANGAN SEMPENA AKTIVITI KOMUNITI 1MALAYSIA,
PENGAMBARAN RTM DI KAMPUNG. UNGGUN JAYA 2013


Ahad, 6 Januari 2013

UJ.LANSHAH UNGGUN JAYA (TUG WAR)


PENYERAHAN BAJU SPONSER, WAKIL DARI UMNO SEPANGGAR, MADSA AG AMAN, KEPADA AHLI KELAB " TUNG WAR " TARIK TALI, UNGGUN JAYA.

PADA 07/12/2012 - JAM 8.15 MALAM






" TUNG WAR " UJ.LANSAH UNGGUN JAYA





JURULATIH " TUNG WAR "




En. Kassim Ag Aman 

KRT KG. UNGGUN JAYA, DAERAH KOTA KINABALU, SABAH


KAWASAN RUKUN TETANGGA KG. UNGGUN JAYA, DAERAH KOTA KINABALU, SABAH





MAJLIS TAKLIMAT AKTA RUKUN TETANGGA 2012 DAN PELANCARAN PROGRAM SAYANGI KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SABAH






MAJLIS BERKAHTAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA
(KRT) KG. UNGGUN JAYA, P 171 SEPANGGAR



" Gambar Kenangan "



..Selepas Majlis Berjanji dan Bacaan doa ..

Program K1M bersama rela, Ekpidisi ke "bukit MONDUK" 4hb June 2011. Misi Tercapai, Terpacak Bendera Malaysia dibukit "bukit MONDUK"


Misi Tercapai, Terpacak Bendera Malaysia dibukit "bukit MONDUK"


 Kumpulan ...


Kumpulan ...






Kumpulan ...




 Kumpulan...



Kumpulan ...


 Berehat Sebentar ...


Laluan Sukar ...

Sempat mengambil gambar sebentar, sebelum meneruskan perjalanan ..




" Gambar Kenangan "